Kejadian ini berlaku pada tahun ini ketika umat Islam menjalani ibadah puasa. Ia berlaku pada seorang hamba Allah yang merupakan saudara saya. Ia berlaku di hadapan mata saya, ini kali pertama saya mengalami peristiwa seram ini. Pada malam itu saudara saya telah menumpang tidur di rumah saya kerana merasa tidak sedap badan. Tika beliau sedang duduk di kerusi di ruang makan, tiba-tiba beliau terkulai layu dan terpaksa dipapah masuk ke bilik saya. Pada malam tersebut, bermula peristiwa di mana kami sekeluarga terpaksa berdepan dengan makhluk halus yang telah merasuk badan saudara saya.
Mengikut kata seorang pakcik saya yang mahir dalam perkara ini menyatakan bahawa saudara saya telah dirasuk atas perbuatan orang yang berdendam dengannya. Orang itu adalah jiran tetangga saudara saya atas sebab beliau gemar menanam pokok-pokok di persekitaran koridor rumahnya kerana kotor dan banyak nyamuk. Tak berani nak cakap depan, mereka pakai cara halus iaitu mengupah bomoh untuk membereskan perkara tersebut. Saudara saya mula merapu yang bukan-bukan dan wajahnya berubah menjadi tua dan berkedut! Berat badannya berat terperanjat saya! Kami mula bertindak menjadi orang tengah. Lama-kelamaan kami dapat tahu bahawa yang merasuk ke dalam badannya adalah jin jantan. Bomoh tersebut telah menyuruh jin tersebut menjadi 'teman' pada saudara saya yang selalu keseorangan di rumah. Lantas apabila selalu berdamping maka dengan sendirinya, saudara saya akan kehilangan darah kerana disedut jin itu untuk dijadikan santapan harian.
Selama beberapa jam saudara saya meracau dan menangis kerana jin yang dalam badannya sungguh degil, KC! Tidak mahu keluar dari badan saudara saya. Setelah berhempas-pulas, jin tu tetap tidak mau keluar malah mendiamkan diri dalam badannya. Kesian beliau KC, sungguh layu dan tak bermaya, nak pergi bilik air pun perlu dipapah sehingga terkencing di atas lantai! Sungguh tak berhati perut orang macam itu! Menyerang pada bulan puasa. Ingatkan jin dan syaitan semua diikat pada bulan puasa. Aik! Ada lagi!
Kini saudara saya sudah beransur pulih setelah diubati tetapi kami masih bimbang beliau keseorangan di rumah. Dipendekkan cerita, jiran yang khianat padanya itu telah mendapat balasan yang sejajar dengan perbuatannya, jirannya mengalami sakit misteri tidak lama kemudian. Kini keluarga si jiran tidak berani bertegur sapa dengan saudara saya.
Kamis, 05 November 2009
Langganan:
Posting Komentar (Atom)

Tidak ada komentar:
Posting Komentar